Wednesday, December 1, 2010

syahdu ke??

Seorang lelaki sedang melintas jalan bersama isterinya pada suatu

petang. Nasib malang menyebabkan dia kemalangan. Isterinya selamat

tetapi si suami mengalami impak dikepalanya menyebabkan dia koma selama

beberapa hari. Akhirnya si suami telah terjaga dari komanya.


Bila dia membuka matanya, dia dapati isterinya sedang bersedih

disisinya. Si suami pun memegang tangan isterinya sambil berkata dengan

suara penuh kesayuan; " Ayang sentiasa disisi abang tak kira masa. Masa

abang tengah belajar di U dulu pun, abang sering gagal, dan ayang

sentiasa berada di sisi memberi dorongan supaya abang terus mencuba..."

Si isteri menjadi sayu.


Si suami menambah " Masa abang tengah cari

kerja dulu pun, abang gagal nak dapatkan sebarang jawatan dalam iklan,

ayang masih di sisi, tanpa jemu. Siap tolong carikan dalam paper lagi

jawatan kosong untuk abang..."

Air mata si isteri bergenang. Disekanya air mata dengan hujung baju.

"Bila abang dah dapat kerja, abang kerja sunguh-sungguh untuk kita.

Tapi bertahun-tahun tiada kenaikan gaji dan pangkat. Hinggalah sekarang

.. ayang masih di sisi abang.

"Dan baru ni abang dah terlepas kontrak RM5 juta hanya kerana silap yang

kecil, abang dipecat dengan notis 24 jam, ...ayang masih disisi.

Mata si suami pula bergenang, "Dan.. sekarang abang terlantar disini.

Bila abang sedar ayang masih juga disisi." Esakkan si isteri bertambah

kuat...


Si suami berkata lagi, "Abang rasa ayang ni bawak sial la .... BERAMBUS

KAU SEKARANG!!

p/s : klu aku le jd wife die..aku amik bantal kt spital 2..aku tekap kt muke die..hohoho…puas ati aku..org ngan pnoh kasih syg jage die..die leh lak ckp cm 2…cehh..bedap tol laki 2..weeee~…emo lak aku

No comments: