Friday, April 22, 2011

Hari Bumi Sedunia 2011


Pada 22 April ini, yele..ari ni hah..seluruh dunia akan menyambut Hari Bumi n tema sambutan tahun ini adalah 'Berbilion Tindakan Hijau'.

Makne nye la kn.. ape yg dimahukan pd sambutan hari bumi kali ini ialah kempen-kempen memulihara alam sekitar dijana oleh orang ramai yang boleh dilakukan dalam berbilion cara..atau dgn kate len..bnyk2 sgt acare nye..

Ye la..tuk kte sume ni menikmati sebuah kehidupan yang sejahtera,aman, damai n tenang…xserabut kpale hotak,perut n sbg nye.. alam sekitar adalah elemen paling penting yang perlu dititikberatkan n d utame kn..serta d amik kisahkn.. kne le jge bebetoi wehh…bumi kte..udare kte n sbg nye..kang klu sume hancur..musnah..ranap..mcm2 le penyakit yg kte akan dpt..nnt dh xbest le bumi kte ni..nak2 lg..malaysia terchenta ni hah…

walaubagaimanapun untuk berada dalam suasana alam sekitar bersih dan selamat, masyarakat perlu bersatu padu berusaha melestarikannya..(ececce…ayat skema 2..hoho..)

Banyak cara yang dapat kita lakukan dalam meneyelamatkan bumi kita. Namun hanya 3 konsep penting yang ingin dikongsikan. Iaitu Recycle, Reuse, dan Reduce. (kitar semula, menggunakan semula, dan mengurangkan)

Jika kita tidak kitar semula, kita membazirkan sumber-sumber yang berharga. Tetapi apabila kita kitar semula, hasilnya sungguh menakjubkan.

KURANGKAN! (REDUCE..)

Kurang adalah lebih baik! Kurangkan sampah adalah mudah – ia boleh dilakukan di rumah atau di pejabat. Berikut adalah cadangan untuk anda.

Dirumah.

Hindarkan berbelanja tanpa berfikir semasa membeli barangan runcit. Sediakan senarai barangan yang harus dibeli bagi mengelakkan dari berbelanja sewenang-wenang.

Belilah barangan rumah yang kerap digunakan dengan saiz besar atau saiz ekonomi. Ini boleh menjimatkan wang dan mengurangkan sampah. Bingungkah anda bila memilih produk yang hendak dibeli? Jangan risau! Ketika memilih antara dua produk yang sama, pilihlah produk yang menggunakan bungkusan yang minimal. Kurangkan sampah kertas dengan menggunakan kain buruk, sebagai ganti pengelap kertas untuk membersih.

Di pejabat.

Sebagai ganti membuat beberapa salinan untuk setiap orang, gunakan email atau memo.

Baca dokumen dengan teliti di skrin komputer sebelum dicetak. Ini boleh membantu mengurangkan sampah kertas.

Cetak alamat terus ke sampul surat, jangan mencetak di pelekat.

Apabila membeli makanan untuk dimakan di pejabat, cuba elakkan dari meminta beg plastik.

GUNAKAN SEMULA ! (REUSE..)

Sekali tidak mencukupi! Fikir dua kali sebelum membuang sesuatu. Gunakan bekas plastik untuk menyimpan makanan, atau cari kegunaan lain bagi kendi kaca, seperti meyimpan garam. Banyak yang boleh difikirkan. Anda pasti kagum dengan apa yang boleh dilakukan ke atas barangan biasa apabila anda menggunakan daya kreatif anda.

Di rumah.

Apabila membeli-belah barangan rumah, cuba beli barangan seperti pencuci pinggan mangkuk dan shampoo yang boleh diisi semula .

Tidak pasti apa yang harus dilakukan dengan timbunan beg plastik/kertas yang diperolehi dari pusat-pusat membeli-belah? Gunakan semula semasa mengunjungi pusat membeli-belah atau gunakan untuk mengalas tong sampah anda.

Anda boleh menggunakan semula kertas bungkusan tersebut bagi membungkus hadiah seterusnya atau untuk digunakan sebagai alas di parapara atau laci.

Terlalu banyak kertas kerja? Potong dan gunakan untuk membuat kertas nota dan senarai membeli-belah.

Elakkan membuang. Ia amat senang untuk menggunakan perkakas yang boleh dibuang ketika berkelah atau ketika membungkus makanan, tetapi elakkan!

Semasa mengerjakan pembersihan tahunan, anda akan menemui banyak barang yang tidak dikehendaki. Dermakan barang-barang seperti pakaian, buku teks lama kepada badan-badan kebajikan, pusat-pusat jagaan hari atau keluarga yang memerlukan. Terutama sekali majalah amat diperlukan di klinik-klinik atau di mana-mana tempat yang sesuai bagi pembacaan ringan.

Di pejabat

Kita semua boleh memainkan peranan dengan mulakan usaha mengitar semula kertas di pejabat anda. Apabila membawa bekal makanan, gunakan bekas yang boleh digunakan semula.

Belilah alat tulis yang boleh diisi semula seperti pensil mekanikal dan pen yang boleh diisi semula.

Mengapa membazir kertas dan menambahkan sampah, sedangkan anda boleh menggunakan kedua-dua belah kertas anda semasa membuat salinan.

Gunakan kertas reja bagi melakar dokumen-dokumen.

Jimat dan gunakan semula sampul surat untuk hantaran sejabat.

KITAR SEMULA ! (RECYCLE..)

Apabila semua sudah dilakukan untuk mengurangkan dan menggunakan semula barangan, kitar semula! Anda boleh memainkan peranan anda dengan melakukan usaha kesedaran bagi mengitar semula dan membeli barangan yang dikitar semula.

Mengitar semula adalah mudah. Sertailah rancangan mengitar semula di kejiranan anda dengan memasukkan barangan yang boleh dikitar semula seperti kertas, botol kaca, tin aluminium dan botol plastik ke dalam beg plastik kitar semula ataupun ke dalam tong-tong kitar semula yang dikhaskan. Anda juga boleh memulakan rancangan mengitar semula atau kelab sekitaran di sekolah atau pejabat untuk mengenalkan usaha mengitar semula.

Setiap ton kertas yang dikitar semula boleh menyelamatkan 17 pokok sementara satu tin aluminium boleh menjimatkan tenaga yang cukup untuk menyalakan sebuah lampu berkuasa 100 watt untuk selama tiga setengah jam. Jadi mengapa tunggu? Kitarlah semula hari ini!


No comments: