Friday, April 29, 2011

mutiara kata

“Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu”.

RENUNGAN

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang. “Mengapa?” balas saya. “Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?” Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan. “Oh ramai encik…” “Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz. “Kakak, boleh saya bertanya?” “Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih? ”Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya. “Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik. “Maksud encik?” “Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.” “Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.” “Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?” “Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?” “Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya. “Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti. “Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.” “Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’ “Pasti ada! Insya-Allah.” “Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”

“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.” “Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!” “Selalunya

saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?” “Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.” “Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum. “Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”

“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”

“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”“Kenapa?” “Kita akan sakit jiwa!” “Kenapa?” “Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “kata kakak itu perlahan.“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?” “Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

SUMBER : http://www.gedungilmu.com/agama/orang-ikhlas-tertindas/

Thursday, April 28, 2011

macaroons d suatu pagi

Yehaaa…stlh agak lame la cm teringin bebenor merase macaroons 2…akhirnye ari ni…dpt gak merase..order kt opishmate..sbb katenye..mmber die ade wat..pe lg..ktorg beramai2 pn order la..sbb ngah musim kn..huhu…cm buah-buahan lak..

-pinjam tgn gebu kak ila-

Ble dh dpt ari ni..tgk2..alahai..kecik je pn macaroon ni hah..harge die..leh thn mhal gak la..tp d sbbkn nk mkn kn..ok je…tp klu d bandingkn ngan cupcakes yg kiut miut n cntk2 2…mmg macaroon ni no.2 la…dr segi size n harge…rase nye..ermm…sedap gak..cm beskut la…yg ade coklat kt tgh2 nye..ngan beraneka kaler..hehhehe…tp tgk dlm gmbr2 macaroon cm len je ngan yg dpt ni..huhu…maybe la..len org..len la care wat nye kn..tp xpe..pas ni nk try terjah klcc xpn OU..nk rase macaroon kt sane lak..kot2 lg yummy..hehehehe…

-huhu..tgn yummy kak ila-

Pesta Buku Antarabangsa 2011


Hoyeh..pesta buku kt pwtc…wait 4 me..hahhaha…org len dh selamat membeli belah buku2..novel2..aku bru je nk jejakkn kaki ujung mggu ni…hahhaha…xsabo gile..aderh..list novel2 yg mst d borong n d rembat dh sedia…siap ngan harge skali dh bajet…perancangan kali ni..kne wat ngan rapi spy xde pembaziran..n x rambang bijik mate lalu akan menyebabkan kehabisan wang ringgit yg akan kuar cm air paip..hohoho…bahaye…sile bljr dr pengalaman lalu…ahaks…

Klu bckap pasal novel..kompom…sume nye nk beli..2 best..ni best..aderh..bahaye btol..dh la sume cte yg best2 kuar time pesta buku ni hah…adoiii…lg la..mmberi tamparan n tekanan hebat..hoho…tp kne gak bwk duit yg secukupnye…n beli yg sepatutnye…sbb..ble dh xde duit..mst xlh nk beli yg len..haaa…tgk..hebat x idea ni..hahahahha..sempoi la..bwk duit ngam2 je..beli novel..n mkn…pas 2 tros bali..jgn merayap2 dh..fokus…focus..tujuan utama..NOVEL..hahaha…ALAF21..KAKI NOVEL..JEMARI SENI..KARYA SENI..NB KARA..eh3..ade lg ke yg xsebut ek..hohohoho…xpe2..nntkn kdtgn kami ye..hehehehhe…

Monday, April 25, 2011

friendship


Friendship doubles your joys,and divides your sorrows

Friday, April 22, 2011

Hari Bumi Sedunia 2011


Pada 22 April ini, yele..ari ni hah..seluruh dunia akan menyambut Hari Bumi n tema sambutan tahun ini adalah 'Berbilion Tindakan Hijau'.

Makne nye la kn.. ape yg dimahukan pd sambutan hari bumi kali ini ialah kempen-kempen memulihara alam sekitar dijana oleh orang ramai yang boleh dilakukan dalam berbilion cara..atau dgn kate len..bnyk2 sgt acare nye..

Ye la..tuk kte sume ni menikmati sebuah kehidupan yang sejahtera,aman, damai n tenang…xserabut kpale hotak,perut n sbg nye.. alam sekitar adalah elemen paling penting yang perlu dititikberatkan n d utame kn..serta d amik kisahkn.. kne le jge bebetoi wehh…bumi kte..udare kte n sbg nye..kang klu sume hancur..musnah..ranap..mcm2 le penyakit yg kte akan dpt..nnt dh xbest le bumi kte ni..nak2 lg..malaysia terchenta ni hah…

walaubagaimanapun untuk berada dalam suasana alam sekitar bersih dan selamat, masyarakat perlu bersatu padu berusaha melestarikannya..(ececce…ayat skema 2..hoho..)

Banyak cara yang dapat kita lakukan dalam meneyelamatkan bumi kita. Namun hanya 3 konsep penting yang ingin dikongsikan. Iaitu Recycle, Reuse, dan Reduce. (kitar semula, menggunakan semula, dan mengurangkan)

Jika kita tidak kitar semula, kita membazirkan sumber-sumber yang berharga. Tetapi apabila kita kitar semula, hasilnya sungguh menakjubkan.

KURANGKAN! (REDUCE..)

Kurang adalah lebih baik! Kurangkan sampah adalah mudah – ia boleh dilakukan di rumah atau di pejabat. Berikut adalah cadangan untuk anda.

Dirumah.

Hindarkan berbelanja tanpa berfikir semasa membeli barangan runcit. Sediakan senarai barangan yang harus dibeli bagi mengelakkan dari berbelanja sewenang-wenang.

Belilah barangan rumah yang kerap digunakan dengan saiz besar atau saiz ekonomi. Ini boleh menjimatkan wang dan mengurangkan sampah. Bingungkah anda bila memilih produk yang hendak dibeli? Jangan risau! Ketika memilih antara dua produk yang sama, pilihlah produk yang menggunakan bungkusan yang minimal. Kurangkan sampah kertas dengan menggunakan kain buruk, sebagai ganti pengelap kertas untuk membersih.

Di pejabat.

Sebagai ganti membuat beberapa salinan untuk setiap orang, gunakan email atau memo.

Baca dokumen dengan teliti di skrin komputer sebelum dicetak. Ini boleh membantu mengurangkan sampah kertas.

Cetak alamat terus ke sampul surat, jangan mencetak di pelekat.

Apabila membeli makanan untuk dimakan di pejabat, cuba elakkan dari meminta beg plastik.

GUNAKAN SEMULA ! (REUSE..)

Sekali tidak mencukupi! Fikir dua kali sebelum membuang sesuatu. Gunakan bekas plastik untuk menyimpan makanan, atau cari kegunaan lain bagi kendi kaca, seperti meyimpan garam. Banyak yang boleh difikirkan. Anda pasti kagum dengan apa yang boleh dilakukan ke atas barangan biasa apabila anda menggunakan daya kreatif anda.

Di rumah.

Apabila membeli-belah barangan rumah, cuba beli barangan seperti pencuci pinggan mangkuk dan shampoo yang boleh diisi semula .

Tidak pasti apa yang harus dilakukan dengan timbunan beg plastik/kertas yang diperolehi dari pusat-pusat membeli-belah? Gunakan semula semasa mengunjungi pusat membeli-belah atau gunakan untuk mengalas tong sampah anda.

Anda boleh menggunakan semula kertas bungkusan tersebut bagi membungkus hadiah seterusnya atau untuk digunakan sebagai alas di parapara atau laci.

Terlalu banyak kertas kerja? Potong dan gunakan untuk membuat kertas nota dan senarai membeli-belah.

Elakkan membuang. Ia amat senang untuk menggunakan perkakas yang boleh dibuang ketika berkelah atau ketika membungkus makanan, tetapi elakkan!

Semasa mengerjakan pembersihan tahunan, anda akan menemui banyak barang yang tidak dikehendaki. Dermakan barang-barang seperti pakaian, buku teks lama kepada badan-badan kebajikan, pusat-pusat jagaan hari atau keluarga yang memerlukan. Terutama sekali majalah amat diperlukan di klinik-klinik atau di mana-mana tempat yang sesuai bagi pembacaan ringan.

Di pejabat

Kita semua boleh memainkan peranan dengan mulakan usaha mengitar semula kertas di pejabat anda. Apabila membawa bekal makanan, gunakan bekas yang boleh digunakan semula.

Belilah alat tulis yang boleh diisi semula seperti pensil mekanikal dan pen yang boleh diisi semula.

Mengapa membazir kertas dan menambahkan sampah, sedangkan anda boleh menggunakan kedua-dua belah kertas anda semasa membuat salinan.

Gunakan kertas reja bagi melakar dokumen-dokumen.

Jimat dan gunakan semula sampul surat untuk hantaran sejabat.

KITAR SEMULA ! (RECYCLE..)

Apabila semua sudah dilakukan untuk mengurangkan dan menggunakan semula barangan, kitar semula! Anda boleh memainkan peranan anda dengan melakukan usaha kesedaran bagi mengitar semula dan membeli barangan yang dikitar semula.

Mengitar semula adalah mudah. Sertailah rancangan mengitar semula di kejiranan anda dengan memasukkan barangan yang boleh dikitar semula seperti kertas, botol kaca, tin aluminium dan botol plastik ke dalam beg plastik kitar semula ataupun ke dalam tong-tong kitar semula yang dikhaskan. Anda juga boleh memulakan rancangan mengitar semula atau kelab sekitaran di sekolah atau pejabat untuk mengenalkan usaha mengitar semula.

Setiap ton kertas yang dikitar semula boleh menyelamatkan 17 pokok sementara satu tin aluminium boleh menjimatkan tenaga yang cukup untuk menyalakan sebuah lampu berkuasa 100 watt untuk selama tiga setengah jam. Jadi mengapa tunggu? Kitarlah semula hari ini!


6 Perkara ALLAH S.W.T sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibrail a.s. memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud..

"Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat

yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat

atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata:

"Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud.

"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s. dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau

sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan

kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah

S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Thursday, April 21, 2011

mutiara kata - malas


Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya kerana seseorang itu tidak akan berasa penat sekiranya ia melakukan perkara yang ia sukai